Pengenalan mengenai Resurrection Remix Rom





Apa itu yang dimaksudkan dengan Resurrection Remix ? Asalnya rom ini berasaskan CyanogenMod dan telah diubah suai oleh developer rom ini sendiri. Serba sedikit mengenai sejarah awal rom ini, pada awalnya rom ini dibangunkan oleh Altan(developer/founder) pada tahun 2012 untuk android 4.0.x Ice Cream Sandwich. Semakin hari rom ini menjadi terkenal dan Altan meneruskan kerjayanya sehinggalah ke android 4.2.2 JellyBean.

 Resurrection Remix hadir dengan berwajah baru dan mempunyai kelebihan sendiri. Kelebihan apakah yang dimaksudkan itu ? Antara kelebihan rom ini sendiri ialah :

1. Resurrection Remix ini hasil gabungan banyak rom seperti Paranoid Android, Omni, Slim dan AOKP.

2. Rom ini lebih stabil berbanding rom yang admin pernah pakai.

3. Bateri fon yang tahan lebih lama , admin guna untuk main game, menggunakan social media dapat bertahan dalam 12 jam(cas 100% pukul 9 pagi sehingga 9 malam).

4. Interface yang lebih menarik dan lebih smooth.

5. Dapat menggunakan Over-The-Air (OTA) update ROM yang terbaru untuk device kita.

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan rom ini, belum cuba belum tahu, dah cuba baru kita tahu. Tak kenal maka tak cinta, jadi biasakan dulu diri kita dan cuba mengenali rom ini dan kita akan jatuh cinta. Sejujurnya, rom ini lebih bagus dan jauh lebih selesa dipakai berbanding dengan stock rom.
Nantikan post seterusnya bagaimana ingin FLASH ROM RESURRECTION REMIX UNTUK ZENFONE 5. Kenapa zenfone 5 ? sebab admin pengguna asus Zenfone 5.

Admin mohon maaf kalau ada salah dan silap tentang apa yang admin kongsikan ni, harap tegur dengan cara yang baik . Hehe.
Jumpa di next post :)
Assalammualaikum.

Beberapa Screenshot :




Pengenalan mengenai Resurrection Remix Rom Pengenalan mengenai Resurrection Remix Rom Reviewed by MrNewbie on 19:01 Rating: 5

1 comment:

  1. Nampaknya admin ni malaysia ya. Salam saya dari indonesia min

    ReplyDelete

Powered by Blogger.