10 Perkara yang perlu dilakukan selepas install Ubuntu



Assalammualaikum,

Pagi ni aku menulis sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman aku dengan ubuntu.  Ubuntu ni sebenarnya Operating System juga seperti Windows cuma Windows mempunyai lesen sendiri untuk menginstallnya manakala Ubuntu berkonsepkan Open Source. Open Source itu apa ? Nanti aku cerita serba sedikit mengenai Open Source.

Okay, kita pergi kepada tajuk asal, 10 perkara yang perlu dilakukan selepas install Ubuntu.

1. Selepas install Ubuntu, kita pasang software yang perlu dahulu. Antara software yang aku pasang selepas sahaja aku install Ubuntu :
 
* Install VLC
* Install Codec
* Install Flash Player
* Install Unrar
* Beberapa Software yang anda rasa sesuai dengan anda.

*INSTALL VLC*
Aku install vlc melalui Ubuntu Software Center, jadi anda boleh terus install disana. Bagi anda yang berminat dengan cara install melalui terminal, sini aku selit cara nak install melalui terminal : sudo apt-get install vlc


*INSTALL CODEC*
Buka terminal dan type : sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

*INSTALL FLASH PLAYER*
Buka terminal dan type : sudo apt-get install flashplugin-installer

*INSTALL UNRAR*
Buka terminal dan type : sudo apt-get install unrar 

Beberapa software lain itu seperti : InkScape Vector,Gimp,Telegram,Steam dan software yang anda minat.

2. Lepas install semua diatas, pastikan anda punya sistem dalam keadaan update. Cara untuk kemaskini sistem : sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade

3. Bagi mereka yang ingin install graphic card anda didalam Ubuntu, disini saya akan tunjukkan caranya, mula-mula anda pergi ke system setting>software&updates>additional drivers dan akan keluar seperti ini :


seperti mana gambar diatas tu, aku dah tick dekat yang sepatutnya,  jika anda baru install ubuntu, dia akan auto tick dekat Using X.Org X Server, dan tidak akan ada warna hijau dekat atase sebelah nama GPU anda. Ini berdasarkan apa yang aku tahu dan paham, andai aku salah sila perbetulkan.

4. Selesai install graphic card, seterusnya jika anda menggunakan printer canon anda sangat bertuah kerana tidak perlu install driver. Caranya anda pergi ke system setting>printer>click ADD nanti akan auto keluar nama printer anda.



5.Selepas itu, sekiranya anda yang suka menggunakan terminal, anda boleh mencantikkan lagi terminal anda dengan install figlet.

*INSTALL FIGLET*
Buka terminal dan type ini : sudo apt-get install figlet
Sekiranya anda ada masalah selepas install figlet, boleh kesini kerana selalunya akan terjadi masalah seperti ini.

6. Jika anda berminat untuk tweak ubuntu, anda boleh terus install ubuntu tweak tool. Cara pasangnya : sudo apt-get install unity-tweak-tool

7. Untuk mencantikkan lagi anda punya desktop, anda boleh pasang conky.
sudo apt-get install conky

8. Tambahkan ppa yang bersesuaian dengan anda.

9. Memastikan sistem anda dalam keadaan bersih. Jalankan perintah pembersihan di sistem anda seperti :

sudo apt-get -f install
sudo apt-get autoclean
sudo apt-get clean

10. Restart sistem anda.

Sekian sahaja beberapa perkara yang dapat aku sharekan, kalau ada salah dalam apa yang aku share, tegurlah aku. hehehe.




10 Perkara yang perlu dilakukan selepas install Ubuntu 10 Perkara yang perlu dilakukan selepas install Ubuntu Reviewed by MrNewbie on 18:41 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.