CARA INSTALL ADB FASTBOOT DI UBUNTU

Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melawat blog yang tak seberapa ini. Hari ni saja nak share cara untuk install ADB dan FASTBOOT di ubuntu. Mungkin sudah ramai tahu dan mungkin ada yang baru tahu. Okay, mula-mula apa tu ADB dan FASTBOOT ??

ADB itu nama singkatan bagi ANDROID DEBUG BRIDGE. Dalam erti kata lain, ADB ini merupakan jambatan atau lebih dikenali sebagai tools untuk menghubungkan pc/laptop dengan android devices. Dengan adanya ADB ini, anda boleh mengawal android anda menggunakan komputer dan banyak lagi kegunaanya. FASTBOOT pula kegunaanya untuk membuat flashing atau install applikasi. Okay, itu saja serba sedikit pengetahuan yang boleh dikongsikan. Ayuh teruskan dengan tajuk utama.






Step 1 : Setup ADB Udev Rule
 
Lakukan perintah : lsusb    -untuk melihat device kita yang disambungkan.


Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

Selepas itu, lakukan perintah ini :
$~sudo wget -O /etc/udev/rules.d/51-android.rules https://raw.githubusercontent.com/NicolasBernaerts/ubuntu-scripts/master/android/51-android.rules
$~sudo chmod a+r /etc/udev/rules.d/51-android.rules
$~sudo service udev restart

Step 2 : Install ADB FASTBOOT 

Lakukan perintah ini : $~sudo apt-get install android-tools-adb android-tools-fastboot

Step 3 : Update ADB

Hal ini kerana selepas kita install adb , adb berada dalam versi lama dan kita akan update ke versi 1.0.32 kerana Android yang sudah update ke lollipop memerlukan versi terbaru untuk membuat sideload.

Lakukan perintah ini : 

$~wget -O - https://skia.googlesource.com/skia/+archive/cd048d18e0b81338c1a04b9749a00444597df394/platform_tools/android/bin/linux.tar.gz | tar -zxvf - adb
$~sudo mv adb /usr/bin/adb
$~sudo chmod +x /usr/bin/adb
$~adb version
Android Debug Bridge version 1.0.32

Sekarang ubuntu anda sudah terinstall ADB FASTBOOT. Mudah sahajakan ? Bagi mereka yang kurang paham atau mempunyai masalah semasa install boleh terus ke page facebook saya disini : Mr.Newbie
Semoga diberkati dengan apa yang dikongsikan. Nantikan post seterusnya daripada admin yang akan datang. Sekian terima kasih.
CARA INSTALL ADB FASTBOOT DI UBUNTU CARA INSTALL ADB FASTBOOT DI UBUNTU Reviewed by MrNewbie on 17:18 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.