Jaga Bateri Smartphone ( ANDORID )

Assalammualaikum ..
Hari ni nak bahas pasal smartphone pulak laa :D
Aku tak de lah expert pasal smartphone ni , aku pun baru lagi guna smartphone .
Apa yang aku tahu , yang aku kaji la . Semua smartphone kuat makan bateri tak kira lah pakai software apa pun . Kenapa makan bateri kuat ?
Biasa lah , banyak app yang terjalan secara senyap tanpa kita sedari .
Kalau beli smartphone tapi tak pakai apa-apa atau downlaod game yang best-best lebih baik beli 3310 je :P . Ni aku kasi beberapa tips untuk kekalkan ataupun bagi tahan lama sikit bateri smartphone korang .

./ Tutup Data Network Kalau tak digunakan .

Hal ini kerana apabila kita biarkan Data Network terus menerus ON , ia akan menyebabkan bateri kita semakin berkurangan . Sila amalkan untuk tutup data network jika tidak digunakan seperti ketika kita tidur , ketika dinner ke , ketika solat ke dan yang paling penting time charge phone . Bukan sahaj off data network , tutup juga wifi , sync dan juga GPS . Benda-benda macam ni la buatkan bateri semakin berkurang.

./ Tutup Segala App Selepas digunakan.

Ramai pengguna smartphone selepas guna App mahupun selepas bermain game tak tutup selengkapnya.Cara untuk tutup pergi ke setting > application > running dan closed app yang tak berguna selalunya WeChat, Whatsapp , Viber , Facebook , Skype dan macam-macam lagi.

./ Keterangan Skrin (Brightness screen)

Disini nak ditegaskan bahawa Brightness Screen yang paling banyak makan bateri . Cara nak tahu pergi ke setting > battery dan tengok Screen mesti yang paling atas kerana dia lah paling banyak menyumbang kepada pemakanan bateri yang kuat . Aku standard buat 0% tapi untuk keselesaan buat la sekitar 20-30% .

Harap korang faham dan teruskan membaca blog ini :)
100% ditulis oleh aku sendiri . Tiada COPY/PASTE  




Jaga Bateri Smartphone ( ANDORID ) Jaga Bateri Smartphone ( ANDORID ) Reviewed by MrNewbie on 19:59 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.